Thursday 21 October 2010

Jangan Diundang Kemungkaran Allah

Ulasan khutbah Jumaat minggu ini 22/10/2010 di Masjid Negeri, Selangor

"Jangan diundang kemungkaran Allah"

"Apabila sampai saat Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang yang melampaui batas dengan kemewahan antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya". (Al Isra':16)

Banyak tragedi dan bencana alam yg berlaku pada masa lalu dan kini yg sememangnya memberi petanda2 bahawa mungkin ini satu balasan dr Allah SWT atas umatnya. Kejadian tsunami, gegaran gemba bumi yg memusnahkan bandar2 di Indonesia dan Haiti, banjir teruk di pakistan, musim winter yg terlalu ekstrem di Eropah, cuaca kepanasan yg melampau di Malaysia adalah tanda2 bencana yg sewajarnya kt jadikan iktibar dan pengajaran tanda kekuasaan Allah Swt dan perlulah diingatkan bahawa bencana ini merupakan amaran drpd Allah Swt drpd kesan kemungkaran yg berleluasa oleh masyarakat kini.

"Telah nyata pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oIeh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". (Al Anfal:25)

Di Malaysia sendiri, 4 perkara pokok yg makin menjadi2 yg boleh mengundang kemungkaran Allah SWT. Antaranya

1) kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa spt kes rogol, bunuh, merompak dll
2) pergaulan bebas yg makin berleluasa dikalangan remaja2 kt masa kini yg mengakibatkan meningkatnya penzinaan dan kes pembuangan bayi
3) kes2 penderhakaan kepada orang tua yg mana anak2 muda sanggup memaksa dan meninggalkan ibu bapa mereka di rumah kebajikan
4) Amalan RASUAH samada di peringkat bawahan ataupun di tampuk pimpinan mana-mana organisasi dan negara...

pusat hiburan bagaikan cendawan tumbuh dengan lebatnya, artis2 dan celeberiti dipuja bagai nak rak..... malah teguran ulama' dihiraukan sebaliknya dihina dan dicaci. na'uzubillah..

Sebaliknya, sebagai seseorang yg beragama Islam, hidup dalam sebuah negara yg makmur, harmoni, alangkah indahnya jika kt semua bersatu padu pada fikrah dan pendirian dalam membanteras perkara2 yg boleh membawa kepada kemungkaran Allah dan sepatutnya, kejadian2 lampau dijadikan landasan pengajaran yg terbaik utk kt lebih peka dan prihatin tentang azab dan bala dunia Allah SWT. selain, membuatkan kt lebih berusaha mendapatkan keredhaanNYA dan pohonlah kepadaNYA agar kt dapat terhindar drpd perkara2 mungkar..

"Sehingga aku berkata (kepada mereka), mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun".(Noh : 10)


Alluahalam

No comments:

Post a Comment