Tuesday 31 August 2010

Majlis tadarus dan Khatam quran ADUN Aston/Saltley

Alhamdulillah selesainya majlis tadarus dan khatam quran bertempat di rumah abg Zes, teman seperjuanganku di lapangan golf di bumi birmingham. Majlis kali ini berjalan lancar, bermula tepat jam 11 malam setelah selesainya teraweh. Dengan hadirin seramai 16 orang meliputi kawasan Aston dan Saltley, merupakan congregation yg teramai sepanjang majlis tadarus pd bulan yg mulia ini. Mungkin satu permulaan yg baik untuk menghidupkan 10 malam yg terakhir ramadhan pada kali ini.

Hadirin dibahagikan kepada 4 kumpulan pada mulanya utk bersama2 meneruskan tadarus dengan surah ke 72 Al-Jiin juz 29 dan dibahagi2kan tugasan mengikut halaqah kecil masing2... Kemudian kumpulan2 ini digabungkan dalam halaqah yg besar untuk mengakhiri majlis khatam al Quran beramai-ramai. Dikepalai oleh ust Zainor, dengan lemparan suara yg enak merdu itu menambahkan syahdu malam di DUN Aston/Saltley ini.


Ust Zainor (yg memegang al-quran) mengepalai majlis khatam DUN Aston/Saltley. Turut kelihatan para hadirin yg khusyu' mengiringi ust Zainor.

Dikhabarkan juga bahawa DUN Sally Oak turut mengadakan majlis tadarus dan khatam Al-quran pada malam yg sama beserta sambutan kecil-kecilan ulangtahun ust Rasydi yg ke 18... opps silap.. kurang pasti ke berapa....

Setelah selesainya majlis, hadirin di jamu dengan hidangan Pulut kuning bersama rendang daging dan baked grilled whole chicken (combination of melayu+western Brummies). Many thanks to Kak Dina (orang rumah tuan rumah) atas hidangan yg cukup enak dan lazatnya hingga menjilat jari.. ada juga hidangan sampingan spt bahulu, agar-agar, cucur kodok, bengkang ubi dsb... Alhamdulillah atas nikmat kurniaan ramadhan kali ini.... majlis berakhir jam 1220 malam

Terima kasih tak terhingga juga kepada abg Zul Esha, abg Ghani dan Ust Zainor atas kesudian menumpangkanku bergerak setiap malam di majlis tadarus ini... dan juga ke majlis mingguan IFTAR MCIB.... inilah yg dikatakan hidup berjiran bermuafakat yg sememangnya menjadi rutin kehidupan yg selalu diterapkan...


p/s: mungkinkah ramadhan kali ini menemukan jodohku bersama si dia??? Nabila Zes Rokman

Sepi Perantau

Pabila ku berada dikejauhan
Adakalanya ku rasa kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman-teman

Dikala itu kan ku rasa agak kelemahan
untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia disamping
yang tercinta kegembiraan
Ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini demi mencari
keredhaan Ilahi

Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesali
di esok hari,

Ketenangan ada disini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagian tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak
menghayati

Aku dapat merasakan refleksi drpd lagu Brothers nie dlm kehidupanku sekarang... kekadang terasa kesunyian dan kesepian ...Terima kasih kepada teman-temanku, Hamidi, Abg Zul Esha dll yg sentiasa menyokong dan membantu dlm padaku untuk membina kekuatan utk terus berjuang di bumi Allah ini....

Alhamdulillah dengan adenye majlis2 ilmu, usrah, tadarus oleh komuniti di birmingham ini sekurang2nya dapat menghilangkan kesepian itu... moga ak dapat terus imarahkan dan hidupkan 10 malam terakhir di bulan ramadhan nie insyAllah... Barangkali ramadhan terakhirku sebagai perantau....

Thursday 26 August 2010

LastMinute.com

Why in most cases, especially when meeting deadlines, I've always leave it to the very last minute? Contoh mudah, assignment due esok baru hari nie terkial2 nak siapkan... Lepas submit akan sentiasa komplen pada diri, sesal xnak buat lagi last minut. But then, when it comes to another assignment, it happens over and over again.

If you realise, the act of procrastinating itself causes your self esteem to suffer. To make it worse, feeling of guilt, stress and anxiety only lead to unfulfilled goals and dreams.

To overcome the problem is to PLAN and make the plan WORKS!!! Planning is a fundamental property of our intelligent behavior that create activities to reflect our desired goal. Just a reminder to myself, bila dah PLAN tue kenalah ISTIQAMAH utk KONSISTENSI untuk kecemerlangan diri...

IF U FAIL TO PLAN, U R PLANNING TO FAIL!!!!






Monday 23 August 2010

Reality check!!!

Adakah ini dugaan dan cabaran bagiku?? mungkin ape yg berlaku ade hikmahNYa yg tersendiri... untuk aku terus beringat dan sedar agar TIDAK selalunya kt akan berada di ATAS.... dan cabaran ini barangkali adalah proses untuk mematangkan diri aku yg sememangnya kurang matang...

mungkin satu KEGAGALAN ini adalah satu anjakan paradigma untuk KEJAYAAN yg mendatang.. cekalkan semangat dan teruskan berusaha!!!!

Saturday 14 August 2010

Old Rivalry Derby.... perlawanan hebat abad ini...

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa pertama perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United pada musim lalu di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Ini adalah barisan pemain-pemain untuk kedua-dua pasukan:

TAKWA UNITED

Jurulatih: Sir Iman Dhati

Solat Tarawih(pertahanan-pemenang anugerah pemain perbaik musim lalu)

Wirid Harian(pertahanan)

Pose Kosong(veteren)

Tido Slalu (veteren)

Tahjud-Din (serangan)

Munajat Malam (serangan)

Solat jemaah(pemain muda)

Majlis Ilmu(pemain muda)

Ikhlas Sedekah (pemain muda)

Tadarus Quran (pemain muda)

NAFSU CITY

Jurulatih:Mr Mc Iblis & Mr satan

Roque Syahwat Cruz(serangan)

Carlos Umpat(serangan)

Dengki-ho(serangan)

Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol)

Gareth Boros (tengah)

Stephen IkutNafsu (tengah)

Jolelon Lagho(pertahanan)

Kolo TidoLajak(pertahanan)

Wayne NakRileks(pertahanan)

Pablo Lepak(pertahanan)

Saudara sekalian,

Penonton-penonton yang sudah memenuhi ruang-ruang stadium dengan penonton Nafsu City diruang sebelah kiri memakai pakaian yang menjolok mata manakala disebelah kanan pula para penonton Takwa United dengan pakaian yang bersih dan menutup aurat.

Penganalisa berpendapat,kejohanan Tahunan ini seperti biasa akan dimonopoli oleh pasukan Nafsu City yang dibimbing Mr Mac Iblis dan Mr Satan dengan pemain-pemain yang berkebolehan yang mereka sedia ada. Walaupun pengurus dan jurulatih pasukan Nafsu City digantung 30 hari, namun mereka tetap mengekalkan strategi 4-2-4 serangan untuk membolosi pertahanan Takwa United.

Seperti musim lalu, Nafsu City mempertaruhkan pemain terbaik mereka Emmanuel Amarah untuk menerobos kekuatan lawan.

Seperti yang diketahui,Takwa United yang dilatih oleh Sir Iman Dhati masih menggunakan strategi 4-4-2 bertahan yang dianggap sudah lapuk oleh lawan mereka.

Namun,yang membanggakan Takwa United adalah pemain terbaik mereka, Solat Tarawih masi mampu mempamerkan aksi yang konsisten.

Namun,mampu kah Solat Tarawih mengetuai pasukan Takwa City sepanjang perlawanan ini bersama pemain veteran seperti Pose Kosong dan Tido Slalu?

Sesuatu yang tidak dijangka,musim ini Takwa United cuba membawa beberapa bakat-bakat muda seperti Solat jemaah,Majlis Ilmu,Ikhlas Sedekah dan Tadarus Quran untuk menandingi kekuatan Nafsu City.

Bagaimana agaknya kesudahan perlawanan ini? Ayuh sama-sama kita saksikan dan memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan kita….

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana…..

Idea asal:UHAJ

Karangan asal: Mr Izzudin A. ,Ireland

Olahan: ashraf_london

Monday 9 August 2010

Ramadhan... satu harapan

ASM...

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna"

What a nice song titled 'Harapan Ramadhan' by Raihan and Manbai...

Ramadhan Kareem is approaching soon.... How prepared am I to celebrate this holy month? Adakah kt bersedia utk menyambut bulan Ramadhan mubarak yg penuh keberkatan ini? Set our Ibadah's KPI to always consistent and Istiqamah in worshiping ALLAH.

Semoga diberikan peluang untuk menggunakan Ramadhan yang mungkin terakhir ini sebaik Mungkin InsyAllah...





Tuesday 3 August 2010

Too big to fail...

is it TOO big to FAIL??

Now it is August and I have exactly 2 months before my final submission. In reality, I am still stuck and undone with my progression. Hopefully, with His guidance, I can get through these obstacles, pressures and insurmountable hurdles. I believe when there is a will, there must be a way to succeed. So keep on willing yourself to strengthen your faith, your belief and your courage.

AND, accept NO defeat, surrender and retreat!!!