Saturday 20 August 2011

Identiti diri

Kt selalu terleka dan terlupa asal-usul dan identiti diri kt.. Disebabkan gaya hidup yg penuh dgn kemewahan, kesenangan, kemudahan dan keinginan yg meluap-luap.. Itulah terciptanya sistem dan ideologi kapitalis yg boleh memakan diri mereka sendiri.. Identiti US yg amat gah sebagai kuasa besar ekonomi dunia satu ketika dulu kini bergolak, bergoncang, rapuh dan bertambah goyah..

Bila datangnya musibah dan malapetaka kecil, barulah dengan automatiknya perasaan takut,'back into reality', check and balance dan muhasabah itu datang...

Sesungguhnya kt memang mempunyai pilihan utk mencorak identiti dan keperibadian kt sendiri.. Sama ada mahu terus mengejar kekayaan dan kemewahan dunia mahupun kemewahan dan kerahmatan Ilah.. Dan ianya berkait rapat dan berkadaran terus dengan akhlak, iman dan ihsan yg mencorakkan hati kt..

Tepuk dada tanya iman bgaimana ingin memupuk dan membentuk identiti kt dengan seelok2 kejadian dan ciptaan manusia sbg khalifah di muka bumi ini..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 4 August 2011

Harimau Malaya (HM) dan Dato' King Gopal (KG)..

Pembatalan dua game international frendly yg akan ditentang skuad Harimau Malaya pada 10 (Oman) dan 14 (Indonesia) Ogos ini amat mengejutkan.. Ketika peminat tanah air semakin dahagakan kebangkitan dan kemegahan Harimau Malaya, ini komen KG..

"Ketika ini pasukan kami tidak lengkap. Kita kehilangan beberapa pemain utama. Tidak adil rasanya kalau pasukan kami tidak dibarisi kekuatan sebenar sedangkan Indonesia sedang melakukan persiapan penuh menjelang kelayakan piala dunia dengan kekuatan sebenar" ujar KG..

Munasabah ke tidak??

Benar skuad teras yg dibentuk KG berjaya menaikkan Harimau Malaya yg terluka dengan back to back title (emas Sukan Sea 2009 dan AFF Cup 2010).. Namun komen diatas semacam KG takut dengan bayang sendiri. Dengan adanya perlawanan kompetitif menentang Oman, Indonesia atau pasukan setaraf dengannya, paling kurang KG dpt belajar beberapa aspek penting pengurusan dan melatih HM..

Antaranya:

KG dpt menilai dan mengukur kekuatan sebenar skuad simpanan HM. Bukan setiap masa pemain utama akan menjadi tunjang skuad negara.. Aspek utama yg sepatutnya ditekankan dlm pemilihan skuad HM adalah berdasarkan prestasi terbaik semasa pemain dlm saingan liga tempatan..

Memberi pendedahan dan peluang perlawanan kompetitif peringkat antarabangsa kepada pemain2 yg kurang mendapat perhatian KG tp mampu menjadi tunjang kekuatan skuad HM antaranya Ashari Shamsudin aka Saha, Farisham, Shakir Shaari , Ismail Faruqi (pengganti safiq rahim sekiranya kene red card lagi ataupon injury), Helmi Remeli and Hadi Yahya (pengganti Mat Yo yg kecederaannya masih belum pulih). Pemain yg telah bersinar and membuktikan kemampuan sebenar dlm saingan liga tempatan. Apa yg diperlukan pemain2 ini adalah confidence level dan game expectation utk bersaing di peringkat antarabangsa.. Cukuplah terlalu memberi ruang dan pendedahan kepada pemain2 olimpik (Muslim Fadhli Mahali Izzaq) yg sememangnya sentiasa mendapat pendedahan perlawanan antarabangsa..

Membuka ruang kepada pemain2 senior yg masih lagi boleh berbakti kpd negara. Pernah x kt tgk gabungan 2 commanding CB; Zamani Misbah dan Marzuki Yusof aka Juki (kapten Terengganu). Keunggulan Zamani mengemudi benteng tidak wajar dipersoalkan dan ianya terbukti pada perlawan Pilihan Malaysia vs Chelsea tempoh hari. Serta konsistensi, kematangan dan pengaruh Juki menyerlahkan kemampuan Terengganu mengungguli Piala FA dan Naib johan Liga Super (antara pasukan yg sedikit GA).. Gandingan ini boleh digambarkan umpama teguhnya carvalho dan terry yg menjadi tunjang Chelsea tika era kegemilangan 'the special one' (pandangan ini bukanlah bererti ak PRO-CHELSKI).

Oman dan Indonesia tarafnya adalah tinggi drpd menentang Hong Kong, Maldives, Myanmar mahupun Zimbabwe walaupun tidak segah Arsenal, Liverpool mahupun Chelsea.. Namun boleh menunjukkan kt landasan sebenar yg penuh ranjau kearah utk layak Piala Asia 2015..

But KG know his best about his plan and his job at it stake now.. Hopefully it won't go wrong or else "kerna mulut badan binasa"..KG perlukan perancangan rapi utk merealisasikan impiannya dan seluruh rakyat Malaysia.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, sokongan sepanjang zaman!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.