Saturday 20 August 2011

Identiti diri

Kt selalu terleka dan terlupa asal-usul dan identiti diri kt.. Disebabkan gaya hidup yg penuh dgn kemewahan, kesenangan, kemudahan dan keinginan yg meluap-luap.. Itulah terciptanya sistem dan ideologi kapitalis yg boleh memakan diri mereka sendiri.. Identiti US yg amat gah sebagai kuasa besar ekonomi dunia satu ketika dulu kini bergolak, bergoncang, rapuh dan bertambah goyah..

Bila datangnya musibah dan malapetaka kecil, barulah dengan automatiknya perasaan takut,'back into reality', check and balance dan muhasabah itu datang...

Sesungguhnya kt memang mempunyai pilihan utk mencorak identiti dan keperibadian kt sendiri.. Sama ada mahu terus mengejar kekayaan dan kemewahan dunia mahupun kemewahan dan kerahmatan Ilah.. Dan ianya berkait rapat dan berkadaran terus dengan akhlak, iman dan ihsan yg mencorakkan hati kt..

Tepuk dada tanya iman bgaimana ingin memupuk dan membentuk identiti kt dengan seelok2 kejadian dan ciptaan manusia sbg khalifah di muka bumi ini..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment