Saturday 11 September 2010

Coretan Malam Syawal...

Alhamdulillah, sekali lagi diberikan nafas untuk dapat melengkapkan Ramadhan.... Tibanya syawal kali ini, sekali lagi ak tidak dapat bersama keluargaku yang kali ini meraikan kemenangan di kampung, Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, keluarga di Birmingham ini cukup untuk ku melepaskan secebis kasih kekeluargaan walaupun sekadar menumpang. hahaha

Walaupun hidup berbujang tanpa keluarga di sisi, persiapan tetap dijalankan dengan skala yg agak sederhana cukup utk simbolik meraikan kemenangan Ramadhan...


Kuah Kacang (resipi mak)... sekurang2nya dpat melepaskan kerinduaan masakan mak

Selesainya berbuka puasa dan solat, kami terus ke rumah ustaz Zainor utk meraikan malam raya dengan majlis takbir rumah kerumah.... Bermula di rumah Ustad , kemudiannya bergerak dari rumah ke rumah Abg Zul, Abg Ghani, budak BUJANG trangTANGtung (Hamidi n me), Abg Bahagia, Abg Ramli, Abg Zes, Abg Latef dan diakhiri di rumah Abg Madier...

Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. [1: 18]

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.


Kegembiraan terpancar pada setiap hadirin. Bincang2 kecil utk majlis rumah terbuka...

Kemeriahannya tetap terasa dengan gelak tawa kegembiraan di kalangan komuniti di Aston/Saltley dan MCIB secara amnya melambangkan keutuhan silaturrahim sesama mereka...


“Tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan orang-orang mukmin, mereka beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al Quran), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. Orang-orang itulah yang akan Kami berikan kepada mereka pahala yang besar.” [4:162]

Bayaran zakat fitrah tetap ditunaikan. Kaunter bergerak zakat jugak dibuka oleh amil yg dilantik, Abg Zes memberi runag kepada semua menunaikan kewajipan rukun Islam ini.


TaqabbalaLLahu minna wa minkum

Kullu Am Wa Antum Bi Khyr


No comments:

Post a Comment