Hadirin dibahagikan kepada 4 kumpulan pada mulanya utk bersama2 meneruskan tadarus dengan surah ke 72 Al-Jiin juz 29 dan dibahagi2kan tugasan mengikut halaqah kecil masing2... Kemudian kumpulan2 ini digabungkan dalam halaqah yg besar untuk mengakhiri majlis khatam al Quran beramai-ramai. Dikepalai oleh ust Zainor, dengan lemparan suara yg enak merdu itu menambahkan syahdu malam di DUN Aston/Saltley ini.
Ust Zainor (yg memegang al-quran) mengepalai majlis khatam DUN Aston/Saltley. Turut kelihatan para hadirin yg khusyu' mengiringi ust Zainor.
Dikhabarkan juga bahawa DUN Sally Oak turut mengadakan majlis tadarus dan khatam Al-quran pada malam yg sama beserta sambutan kecil-kecilan ulangtahun ust Rasydi yg ke 18... opps silap.. kurang pasti ke berapa....
Setelah selesainya majlis, hadirin di jamu dengan hidangan Pulut kuning bersama rendang daging dan baked grilled whole chicken (combination of melayu+western Brummies). Many thanks to Kak Dina (orang rumah tuan rumah) atas hidangan yg cukup enak dan lazatnya hingga menjilat jari.. ada juga hidangan sampingan spt bahulu, agar-agar, cucur kodok, bengkang ubi dsb... Alhamdulillah atas nikmat kurniaan ramadhan kali ini.... majlis berakhir jam 1220 malam
Terima kasih tak terhingga juga kepada abg Zul Esha, abg Ghani dan Ust Zainor atas kesudian menumpangkanku bergerak setiap malam di majlis tadarus ini... dan juga ke majlis mingguan IFTAR MCIB.... inilah yg dikatakan hidup berjiran bermuafakat yg sememangnya menjadi rutin kehidupan yg selalu diterapkan...
p/s: mungkinkah ramadhan kali ini menemukan jodohku bersama si dia??? Nabila Zes Rokman