Seronok terbaca satu nukilan dari seorang sahabatku, seniorku dan guruku.... moga kalian rakan-rakan dapat manfaat kehendaknya.... Enjoyyyy...
Aku umpama layang-layang. Terbang bebas di udara, tetapi masih di dalam radius tali keimanan. Kuharap tali itu kuat, supaya aku tidak terlepas melayang tak ketentuan, tidak sesat untuk mencari jalan pulang. Terbang bebas gembira, tapi masih dalam batasan…
Namun kawan, sekali sekala kau tarik & rentaplah tali itu, supaya aku tidak terlalu seronok lalai dalam bebas terbang. Agar bukan sahaja dipegang tali iman, malah berjaga dalam ketaqwaan…
Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan. Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula. Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…
Andai taliku terputus. Oh, janganlah kau biarkan diriku wahai kawan. Mungkin aku terlalu lalai dan alpa, sehingga ribut pun mahu kucuba. Walau ke ceruk mana pun aku tersesat terputus tali itu, carilah aku. Carilah aku. Jangan biarkan aku tanpa tali itu. Kerana tanpa tali itu, aku takkan dapat terbang lagi. Aku hanya menjadi layang-layang yang tidak berguna. Menangis sendiri…
Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku. Temukanlah aku dengan tali itu. Aku ingin terbang lagi. Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati. Agar tali itu tidak terputus lagi…
Ya, aku umpama layang-layang. Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan. Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat. Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi…
Terima kasih kawan. Dengan bantuanmu aku bisa terbang tinggi…
layan lagu ciptaan M nasir nyanyian ALLEYCATs nie pon pasal layang-layang... jangan hidup seperti layang-layang yang terputus tali... tanpa arah, tanpa hala tuju dan tanpa pedoman hidup... jadilah layang-layang yg terbang tinggi di udara, tapi masih terbatas oleh tali si penarik layang-layang... carilah kawan yg dpt membimbing, menasihati, menemani ketika suka dan duka... erti kata lain kawan yg sejati.... jangan cari kawan yg makan kawan... kawan yg durjana..
Hidup ini memang banyak dugaan dan cabaran. apa2pon yakinlah pada diri sendiri.... AKU TETAP AKU..... Insyallah dengan KEIMANAN dan KETAQWAAN segala masalah dapat diselesaikan dengan keizinan dan kehendakNYA.. jangan PUTUS asa tapi senantiasalah teguhkan dan pasakkan diri kt dengan keimanan, keazaman, kejatidirian yg tinggi... semua halangan ada jalan penyelesaiannya.. yg penting, perlu sentiasa menCOBA dan terus mencuba....
sekian, selamat beramal yer rakan-rakan.
trimaaa kasihhhhhhhhhhhhh....