Thursday, 7 October 2010

pengurusan tanah, wasiat dan harta pusaka...

Sebentar td, setelah menuruti jemputan abg Zul kerumahnya bg menikmati juadah LAKSA raksaksanya, kemudiannya diikuti oleh sesi cambahan ilmu dan pengalaman... Pelbagai cerita dan isu semasa dikongsi bersama antaranya queenanne, kes paling hangat di Malaysia (SOSwt) dsb.. Paling menarik apabila abg Zul berkongsi pengalamannya bekerja sbg property valuer satu ketika dulu di firma swasta dan pengurusan tanah di Malaysia. Abg Zul merupakan seorang candidate PhD dr Universiti Malaya yg sedang mengikuti pengajian kedoktorannya dalam bidangnya, property management di sini.

Pengurusan tanah di Malaysia pada dasarnya diurustadbir oleh pejabat tanah mengikut mukim/daerah lokasi tanah berkenaan. Status tanah di Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis mengikut klasifikasi yg telah ditetapkan oleh pejabat tanah di bawah Akta Tanah Malaysia. Ada tanah residential, industrial, agriculture etc. Then, konsep hak milik kekal/ hak milik sementara ( freehold/leasehold) dengan bebanan/tanpa bebanan perlu diteliti sebelum kt ingin memiliki tanah di Malaysia.

Bila melibatkan urusan pemilikan tanah (yg mananya akan menjadi sebahagian drpd harta pusaka) maka kemudiannya si pemilik tanah itu wajarlah bersiap sedia dengan wasiat dan pusakanya kerna pengurusan harta pusaka dan wasiat tidaklah begitu mudah dan perlu mengikuti syarat2nya... Namun jika diikutkan kepada budaya atau culture Melayu kt skarang agak sedikit kolot. Bila dibicarakan tentang wasiat, bermacam ragam alasan dan pe'el diutarakan. Ada yg beranggapan seolah-olah penyediaan wasiat itu adalah terlalu awal di peringkat usia yg masih muda, ada yg takut seolah-olah mengharapkan kematian si pemilik tanah dalam waktu terdekat. Astaghfirullah... bukankah mati itu satu kepastian dan tidak mengenal usia!! Sedangkan apa yg disarankan oleh nabi junjungan kt SAW ,wasiat jgn ditangguhkan sebagaimana hadith ini

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud " Tidak ada hak bagi seseorang yg hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kerna apabila si pemilik tanah ini meninggal dunia, proses pembahagian harta pusaka ini akan bertambah kompleks jika wasiat gagal dikemukakan oleh si pemilik. Timbullah segala kemungkinan permasalahan dalam pembahagian harta di Malaysia akibat ketidakselarasan sistem, kekangan statut dan pertindihan bidangkuasa yang menjadi masalah utama Mahkamah Syariah di dalam menjalankan pentadbiran pusaka orang-orang Islam. Adakah kes sebegini perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah/Unit pembahagian pusaka, atau Amanah Raya Berhad (syarikat pemegang amanah terbesar di Malaysia), atau Makhamah Syariah atau Makhamah Tinggi?? Keempat-empat institusi ini mempunyai hubungkait dengan urusan pembahagian harta pusaka yg kadangkalanya boleh menimbulkan kekeliruan kepada si waris tentang bidangkuasa yg berlainan yg boleh menimbulkan sedikit kecelaruan dan kesukaran dalam pengurusan pembahagian harta pusaka kepada si pewaris... Maka tidak mustahil beberapa tahun lepas, sejumlah 38 billion RM nilai harta pusaka dilaporkan masih lagi tertunggak dan tergantung kesnya...

Mungkin pengetahuan khusus tentang pengurusan tanah, harta pusaka ini perlu dijelaskan dengan lebih meluas dan secara komprehensif. Kerana yg pasti semua inginkan pemilikan tanah dan harta suatu hari nnti dan pengetahuan secara kolektif berkaitan tanah dapat memberi kesan secara menyeluruh yg mana pemilikan tanah bukan sekadar memiliki tanah, malah memberi manfaat kepada keturunan si pemilik etc. Hukum Faraid dan syarak yg mengikut syari'e PERLU dijadikan sebagai sumber utama rujukan dalam menyempurnakan pengurusan kes sebegini (kepada pemilik Islam khususnya).

Artikel tentang isu pemilikan harta pusaka dalam perundangan Malaysia boleh dirujuk disini
Allahualam semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment