alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan dan kekuatan nak update blog nie... selepas kesibukan selama sebulan lepas dalam menyiapkan dissertatsiku....
Di sekitar majlis rewang komuniti MCIB bertempat di rumah abg Ramlee, Jumaat 17 September lalu
sebelum ape2, breakfast di pagi hari dulu dengan mee sup dan mee goreng sementara menunggu kehadiran stok ayam dan daging....
sesampainya stok makanan, khemah siap dipasang dan para jemaah siap sedia utk bersama-sama potong- memotong, cucuk-mencucuk sate dsb...
majlis diserikan dengan kehadiran bro DR Sani (baru saja berjaya menamatkan pengajian phD nya di UoB). segala kemahiran dan skill diterjemahkan utk menghidupkan api utk bakar sate....
turut kelihatan abg Rizal-baju putih (br smpai di Birmingham petang tue drpd Malaysia utk VIVAnya) mendengar segala pengalaman dan tips dr bro Sani semasa Vivanya.. memang menarik bila kt mendengar pengalaman2 abg2 nie ketika sebelum, semasa dan selepasnya berlangsung VIva tue... antara hidup dan mati, segala kudrat dan penat lelah di bumi asing nie semuanya bergantung pada hari ViVA... tahniah Dr Sani dan Dr Rizal...
ini dia sate-sate yg telah diperap dan di cucuk td... memang MANTAPPP dn besaRR drpd biasa!!! sebanyak hampir 2500 cucuk berjaya dibuat utk majlis raya keesokannya... (ini baru Dun Aston tak termasuk dr pihak Dun Sally Oak lagi)
Special menu of the day - Lamb Steak bakar... memang terbaik dr ladang... Majlis berakhir kira-kira jam 9.30 malam... memang kenangan yg x dpt dilupakan sebelum pulang ke Malaysia...
No comments:
Post a Comment