Saturday, 14 August 2010

Old Rivalry Derby.... perlawanan hebat abad ini...

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa pertama perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United pada musim lalu di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Ini adalah barisan pemain-pemain untuk kedua-dua pasukan:

TAKWA UNITED

Jurulatih: Sir Iman Dhati

Solat Tarawih(pertahanan-pemenang anugerah pemain perbaik musim lalu)

Wirid Harian(pertahanan)

Pose Kosong(veteren)

Tido Slalu (veteren)

Tahjud-Din (serangan)

Munajat Malam (serangan)

Solat jemaah(pemain muda)

Majlis Ilmu(pemain muda)

Ikhlas Sedekah (pemain muda)

Tadarus Quran (pemain muda)

NAFSU CITY

Jurulatih:Mr Mc Iblis & Mr satan

Roque Syahwat Cruz(serangan)

Carlos Umpat(serangan)

Dengki-ho(serangan)

Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol)

Gareth Boros (tengah)

Stephen IkutNafsu (tengah)

Jolelon Lagho(pertahanan)

Kolo TidoLajak(pertahanan)

Wayne NakRileks(pertahanan)

Pablo Lepak(pertahanan)

Saudara sekalian,

Penonton-penonton yang sudah memenuhi ruang-ruang stadium dengan penonton Nafsu City diruang sebelah kiri memakai pakaian yang menjolok mata manakala disebelah kanan pula para penonton Takwa United dengan pakaian yang bersih dan menutup aurat.

Penganalisa berpendapat,kejohanan Tahunan ini seperti biasa akan dimonopoli oleh pasukan Nafsu City yang dibimbing Mr Mac Iblis dan Mr Satan dengan pemain-pemain yang berkebolehan yang mereka sedia ada. Walaupun pengurus dan jurulatih pasukan Nafsu City digantung 30 hari, namun mereka tetap mengekalkan strategi 4-2-4 serangan untuk membolosi pertahanan Takwa United.

Seperti musim lalu, Nafsu City mempertaruhkan pemain terbaik mereka Emmanuel Amarah untuk menerobos kekuatan lawan.

Seperti yang diketahui,Takwa United yang dilatih oleh Sir Iman Dhati masih menggunakan strategi 4-4-2 bertahan yang dianggap sudah lapuk oleh lawan mereka.

Namun,yang membanggakan Takwa United adalah pemain terbaik mereka, Solat Tarawih masi mampu mempamerkan aksi yang konsisten.

Namun,mampu kah Solat Tarawih mengetuai pasukan Takwa City sepanjang perlawanan ini bersama pemain veteran seperti Pose Kosong dan Tido Slalu?

Sesuatu yang tidak dijangka,musim ini Takwa United cuba membawa beberapa bakat-bakat muda seperti Solat jemaah,Majlis Ilmu,Ikhlas Sedekah dan Tadarus Quran untuk menandingi kekuatan Nafsu City.

Bagaimana agaknya kesudahan perlawanan ini? Ayuh sama-sama kita saksikan dan memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan kita….

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana…..

Idea asal:UHAJ

Karangan asal: Mr Izzudin A. ,Ireland

Olahan: ashraf_london

No comments:

Post a Comment