Sunday, 21 February 2010

6M Imam Al-Ghazali - Kaedah memperkasakan jati diri-

ASM...

Dah lama x update kan... Ak tertarik dengan satu artikel oleh sahabatku mengenai kaedah memperkasakan diri 6M ini. Konsep 6M ini merupakan kaedah untuk memantap jatidiri dan keutuhan peribadi yang diperkenalkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Kitab 'Ihya' Ulumuddin' dan Syed Hawwa dalam kitabnya 'Al-Mustakhlas fi Tadzkiyyatin Nafs'.

1) Musyaratah
Berasal dari perkataan syarat, kaedah pertama ini menyatakan bahawa perlu adanya penetapan syarat-syarat kejayaan..Ia penting supaya segala usaha kita itu mempunyai matlamat yang jelas dan kita tahu apa yang mesti kita buat untuk memastikan matlamat kita tercapai..In a more simple words, we must have our target or goals in life, and we must put our best effort towards achieving the goals..paling penting, kita perlu ada matlamat hidup yang jelas dan pasakkan setiap niat kita semata-mata kerana Allah dan untuk mencari redha Allah..

2) Muroqobah
Kaedah kedua ini menyatakan bahawa kita perlu menerima hakikat bahawa Allah sentiasa bersama dalam semua urusan (pengintaian diri sehingga ke tahap ihsan).Kaedah ini sangat penting supaya setiap daripada kita mampu menjadi seorang hamba Allah yang baik dan menjauhi yang buruk samada ketika bersendirian mahupun ketika berada di khalayak ramai, kerana merasakan adanya Allah di sisi yang melihat setiap perbuatan kita.

3) Muhasabah
Kaedah ketiga ini pasti ramai yang sering mendengarnya - mencari kelemahan diri supaya dapat dihakis dengan segera. Ia penting supaya kita dapat maju bukan sahaja dengan menimba kebaikan baru tetapi juga dapat mengurangkan kelemahan lama..dalam erti kata lain, sentiasa berusaha untuk mengislah diri (memperbaiki diri). Actually samalah mcm kaedah SWOT(Strength, Weakness, Opportunity, Threat) dalam konteks Strategy Management..

4) Mu'aqobah
Apa yang dimaksudkan dengan kaedah keempat ini adalah kita perlulah mendidik jiwa untuk bertanggungjawab atas segala urusan pekerjaan yang dilakukan. Hal ini penting supaya kita menjadi orang yang sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak mengejar sanjungan bagi kebaikan yang kita buat dan tidak takut ditegur jika kita melakukan kesilapan.

5) Mujahadah
Kaedah kelima ini juga sering kita dengar, namun perlaksanaannya, diri sendiri yang lebih mengetahui..ia merujuk kepada pelaksanaan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sempurna sehingga ke tahap kecacatan sifar..Hal ini penting supaya hasil kerja kita sentiasa baik dan standard yang tinggi dapat dikekalkan. Untuk pengekalan standard yg tinggi, NIAT hendaklah betul..

6) Mu'atabah
Kaedah terakhir ni menghendaki kita untuk menghukum diri sendiri setiap kali membuat kesilapan dan dosa..Hal ini supaya kita tidak menjadi orang yang mengambil mudah terhadap kesilapan yang dilakukan kerana khuatir kesilapan itu akan menjadi kebiasaan...Means dat if u do mistake, fine yourself..Otherwise, you will keep doing the same mistake in your life..

Untuk bacaan lanjut, klik sini

Sebelum berundur, hayati bait2 6M ini.. Lagu bertajuk Bina Insan Cemerlang (6M) oleh Nordin Jaafar (if x silaplaa) yg telah dijadikan salah satu lagu rasmi Kerajaan Negeri Selangor bagi memantapkan urusan seharian pentadbiran negeri... Moga2 dapat manfaat insyallah..

Kau bintang hatiku insan robbani,
Menjadi ikutan dalam membina masyarakat madani

Sucikan jiwa tiada erti kesudahan,
Menepis segala dugaan dan cabaran kehidupan
Setiap mehnah pasti tersirat segala hikmah,
tabahkan hati bina sakhsiyyah teguh peribadi

Syarat berjaya dengan merancang kerja,
mengintai dan menilai kelemahan diri
silap sendiri jangan malu diakui
tekun berusaha dosa dihukumi

Ayuh bersama melangkah ke hadapan,
berganding tangan 6M diamalkan
selari dengan kitab suci dan as-sunnah
Bila tersasar segera betulkan

Musyaratah, Muroqobah, Muhasabah,
Mu'aqobah, Mujahadah dan mu'atabah

Musyaratah syarat untuk berjaya,
bermu'aqobah intai diri sentiasa
menilai diri itulah muhasabah
Bertanggungjawab mu'aqobah

Mujahadah usaha dengan gigih
Bermu'atabah mencela diri sendiri
tulus berusaha sehingga berjaya
usah mengalah walau ribu rintangan

Hari ini lebih baik dari semalam
Tuju wawasan capai apa yang dicita
Usah hiraukan sinis bicara manusia
Bila berjaya jangan mudah leka

1 comment: